Semangat Kemerdekaan

GOMBAK - Bertempat di Pasar Ramadhan Greenwood, AMK Jaguh telah turun untuk berkongsi semangat kemerdekaan dengan pengunjung dan para peniaga. Seramai 10 orang AMK dengan jayanya dapat mengedarkan bendera Malaysia. Sebanyak 700 helai pelbagai bendera termasuk bendera di kenderaan, pelekat cermin dan bendera besar.





Program yang bermula jam 4.30 petang dan berakhir sektar jam 7.00 malam berlangsung dalam keadaan meriah dan amat mendapat sambutan. Program yang diketuai oleh Presiden Jaguh sendiri iaiu En. Zul Karnain dan turut diiringi oleh timbalan dan naib presidennya.

ANDA SUDAH MENDAFTAR AHLI KELAB JAGUH??

Daftar sekarang, anda akan mendapat keistimewaan. Dengan hanya bayaran yuran ahli sebanyak RM 10.00 setahun, anda layak untuk mendapat peluang yang akan ditawarkan oleh Kelab Jaguh.

PROMOSI SEMPENA HARI RAYA

Anda mendaftar dahulu sebagai AHLI kemudian anda sertai tawaran hebat ini.

TAWARAN HEBAT!!!!!!!!!
Kepada semua ahli Kelab JAGUH yang berjaya mengumpul dan mendaftar ahli seramai 10 orang berserta yuran, 1 tiket PERGI-BALIK Pasir Mas-KL Sempena Hari Raya Aidilfitri disediakan…. Terhad kepada 70 orang terawal sahaja (2 buah bas sahaja)

DIMANA NAK NAIK DAN TURUN??BILA??

BALIK KE KAMPUNG
Tarikh perjalanan: 18 September 2009
Masa bertolak: 10.30 malam
Tempat bertolak: Hotel Grand Season (pejabat JAGUH)

Masa dijangka tiba: 7.00 pagi
Tempat ketibaan: Pejabat P.K.M.R, Mekasar, Pasir Mas

KEMBALI KE IBUKOTA:
Tarikh perjalanan: 26 September 2009
Masa bertolak: 9.00 malam
Tempat bertolak: Pejabat P.K.M.R, Mekasar, Pasir Mas.

Masa dijangka tiba: 6.00 pagi
Tempat ketibaan: Hotel Grand Season (pejabat JAGUH)

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR??

- Dapatkan borang ahli dibawah kemudian isi dengan maklumat yang tepat.
- Kemudian, hantarkan kepada kami seperti berikut :

HUBUNGI WAKIL KAMI :
1. EN. MOHD EZANI B MOHAMAD (012-3670050)
2. CIK SITI ADAWIYAH BT HASSAN (012-2442136)
3. EN. MUHD SUFIAN B ISMAIL (017-9853270)

4. CIK RINA AZUAN BT MOHD RAFIE (017-6830261)
5. UST. IKHWAN B BUSTAMAN (012-6463514)

6. EN. ABD. AZIZ B CHE DAUD (019-9288885)
7.CIK NIK RASYIDAH (017-9018006)


ATAU:

PENDAFTARAN JUGA BOLEH DIBUAT MELALUI POS DAN YURAN PENDAFTARAN HENDAKLAH DIBUAT DENGAN WANG POS:
Hantar ke alamat seperti di bawah:

Pengurusan Kelab JAGUH
10.06.06, Tingkat 10 Grand Season Avenue,
72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.


*Wang pos hendaklah ditulis atas nama:

Kelab JAGUH (001877484-D)

ATAU

PENDAFTARAN JUGA BOLEH DIBUAT TERUS KE PEJABAT:
Alamat seperti di bawah:

Pengurusan Kelab JAGUH
10.06.06, Tingkat 10 Grand Season Avenue,

72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.

DAN, YANG PALING PENTING....INGAT!! ANDA MESTILAH WARGA PASIR MAS DAN TINGGAL/BEKERJA DI KL/SELANGOR SAHAJA.

Sila copy dan print borang ahli disini. Borang fotokopi juga diterima.




PERATURAN MENGISI BORANG :

i) Maklumat mesti tepat dan lengkap. Pihak pengurusan akan membuat semakan dengan SPR untuk megesahkan anda adalah warga Pasir Mas sebelum tiket diserahkan.

ii) Sekiranya maklumat tidak lengkap (terutamanya no. k/p.) pendaftran anda automatik akan ditolak.

iii)Kosongkan bahagian NO. DAFTAR dan BAHAGIAN PEJABAT.

iv) Sekiranya anda berjaya menjadi ahli, anda akan dihubungi melalui SMS ole pihak pengurusan.

Ramadhan Menjelma..

Dilancarkan dengan jayanya....

AMPANG - Tepat jam 3.30 ptg, 16 ogos 2009, kelab JAGUH dilancarkan dengan jayanya oleh Y.Bhg. Datuk Ibrahim Yahya, Ketua Pengarah Jab. penyiaran RTM yang mewakili YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.


Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Penaung kelab juga hadir memeriahkan majlis. Beliau hadir seawal 11 .00 pagi untuk meninjau perkembangan karnival futsal dan sempat beramah mesra bersama para peserta. Hadir bersama beliau ialah isterinya, datin Rohaya.

Hujan seawal jam 1.00 tengahari tidak menjejaskan majlis pelancaran yang dimulakan dengan pertunjukan silat dan tomoi. Pertunjukan ini dibawa khas dari sebuah sekolah di Pasir Mas telah memukau hadirin yang hadir sekitar 500 orang.

Exco Kebajikan & Keagamaan AMK Jaguh, En. Ikhwan membacakan doa kesyukuran dan diikuti persembahan tradisional yang dibawa khas dari Kelantan iaitu silat dan tomoi. 4 pelajar sekolah rendah di Pasir Mas berjaya menarik tumpuan semua hadirin. Manakala muzik iringan juga merupakan pelajar sekolah daripada Kelantan yang terlibat dalam pertandigan peringkat MSSM. Juru acara majlis, Azi Haslin seterusnya memulakan majlis dengan ucapan Presiden Jaguh, en. Zul Karnain. Dalam ucapan beliau telah menyatakan dengan penuh semangat antara visi dan misi Jaguh dalam memperjuangan kebajikan dan pembangunan sosial kepada semua ahli kelab. Beliau juga berbesar hati kerana kehadiran yang membanggakan dan sokongan yang diberikan. Ucapan terima kasih tidak terhingga beliau sampaikan kepada Dato' Ibrahim Ali selaku Penaung dan juga penasihat kelab yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Selepas ucapan panjang lebar Penaung Jaguh, wakil Dato' Seri Utama dengan rasminya melancarkan kelab Jaguh dan seterusnya melakukan simbolik upacara perasmian dengan iringan lagu tradisional kelantan. Acara diteruskan dengan jamuan makan laksa disamping itu, pihak ajk juga mengadakan acara cabutan bertuah. Seramai 50 pemenang cabutan telah menerima hadiah istimewa berupa jersi tajaan Diadora, jersi rasmi kelab Jaguh, hamper tajaan syarikat Tupperwear dan hamper berbentuk makanan ringan. Setelah selesai para jemputan VIP menjamu selera, diteruskan dengan acara kemuncak penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Johan futsal Piala Jaguh edisi pertama 2009 telah dimenangi oleh wakil daripada pasukan MTRK KL dengan menewaskan pasukan 17000 FC selaku naib juara dengan jaringan tipis 3-2. Perlawanan yang disaksikan VIP itu, berlangsung dalam keadaan sengit saling berbalas jaringan. MTRK KL berjaya merangkul wang tunai RM1000 beserta medal dan Piala Jaguh. Manakala 17000 FC membawa pulang RM700 beserta medal.Tempat ketiga dan keempat dimenagi oleh pasukan Lemal FC dan BK FC Junior, masing-masing membawa pulang RM250. Manakala pemain terbaik keseluruhan dimenangi oleh pemain 17000 FC iaitu Mohd Hazran.
Acara diakhiri dengan sidang akhbar yang oleh Penaung dan Presiden Jaguh. Antara media yang hadir ialah RTM, Bernama, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Kosmo. Majlis penuh berakhir pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah beberapa gambar semasa Majlis Pelancaran Kelab Jaguh dan Karnival Futsal Piala Jaguh;


Dato' beramah mesra dengan para pemain.
Pasukan Kuca Lana FC rata-rata dikalangan staf JKR KL bergambar kenangan bersama Dato'

Bergambar kenangan bersama Dato' dan isteri sebelum perlawanan berlangsung

AMK Kelab Jaguh, Cik Syida dan Ir. Ainor dikerumuni para pengurusan pasukan untuk bertanyakan sesuatu

Bergambar bersama Dato' dan Presiden JAGUH

Antara aksi perlawanan akhir.

Keempat: BK FC Junior

Ketiga : LEMAL FC


Naib Juara : 17000 FC

Juara : MTRK KL

ALHAMDULLILAH & TAHNIAH

Syukur dan tahniah kepada semua AHLI MAJLIS KERJA KELAB JAGUH diatas kerjasama dan kerja kuat menjayakan pelancaran Kelab Jaguh.

Untuk paparan gambar majlis pelancaran dan karnival futsal sila klik link dibawah :

www.flickr.com/zulme atau http://mzulme.fotopages.com/

anda juga boleh memuat-turun gambar tersebut daripada link ini. Terima kasih kepada En. Zulman dan En. Hakim diatas gambar yang dipaparkan.

Buat semua AMK Kelab jaguh, selamat berjaya dan terus istiqomah dalam perjuangan...

Kunjungan VVIP

Selamat Datang ke YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jelebu ke Malis Pelancaran Kelab Jaguh.


Setinggi-tinggi penghargaan daripada semua warga kerja Kelab Jaguh.

Rebutan 16 Ogos 2009


Piala JAGUH yang bakal menjadi rebutan 21 pasukan bertanding pada edisi pertama ini bermula jam 8 pagi dan dijangka berakhir disebelah tengahari.

Undian Kumpulan

Sekilas pandang semasa malam tersebut.
























 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top