Dilancarkan dengan jayanya....

AMPANG - Tepat jam 3.30 ptg, 16 ogos 2009, kelab JAGUH dilancarkan dengan jayanya oleh Y.Bhg. Datuk Ibrahim Yahya, Ketua Pengarah Jab. penyiaran RTM yang mewakili YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.


Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Penaung kelab juga hadir memeriahkan majlis. Beliau hadir seawal 11 .00 pagi untuk meninjau perkembangan karnival futsal dan sempat beramah mesra bersama para peserta. Hadir bersama beliau ialah isterinya, datin Rohaya.

Hujan seawal jam 1.00 tengahari tidak menjejaskan majlis pelancaran yang dimulakan dengan pertunjukan silat dan tomoi. Pertunjukan ini dibawa khas dari sebuah sekolah di Pasir Mas telah memukau hadirin yang hadir sekitar 500 orang.

Exco Kebajikan & Keagamaan AMK Jaguh, En. Ikhwan membacakan doa kesyukuran dan diikuti persembahan tradisional yang dibawa khas dari Kelantan iaitu silat dan tomoi. 4 pelajar sekolah rendah di Pasir Mas berjaya menarik tumpuan semua hadirin. Manakala muzik iringan juga merupakan pelajar sekolah daripada Kelantan yang terlibat dalam pertandigan peringkat MSSM. Juru acara majlis, Azi Haslin seterusnya memulakan majlis dengan ucapan Presiden Jaguh, en. Zul Karnain. Dalam ucapan beliau telah menyatakan dengan penuh semangat antara visi dan misi Jaguh dalam memperjuangan kebajikan dan pembangunan sosial kepada semua ahli kelab. Beliau juga berbesar hati kerana kehadiran yang membanggakan dan sokongan yang diberikan. Ucapan terima kasih tidak terhingga beliau sampaikan kepada Dato' Ibrahim Ali selaku Penaung dan juga penasihat kelab yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Selepas ucapan panjang lebar Penaung Jaguh, wakil Dato' Seri Utama dengan rasminya melancarkan kelab Jaguh dan seterusnya melakukan simbolik upacara perasmian dengan iringan lagu tradisional kelantan. Acara diteruskan dengan jamuan makan laksa disamping itu, pihak ajk juga mengadakan acara cabutan bertuah. Seramai 50 pemenang cabutan telah menerima hadiah istimewa berupa jersi tajaan Diadora, jersi rasmi kelab Jaguh, hamper tajaan syarikat Tupperwear dan hamper berbentuk makanan ringan. Setelah selesai para jemputan VIP menjamu selera, diteruskan dengan acara kemuncak penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Johan futsal Piala Jaguh edisi pertama 2009 telah dimenangi oleh wakil daripada pasukan MTRK KL dengan menewaskan pasukan 17000 FC selaku naib juara dengan jaringan tipis 3-2. Perlawanan yang disaksikan VIP itu, berlangsung dalam keadaan sengit saling berbalas jaringan. MTRK KL berjaya merangkul wang tunai RM1000 beserta medal dan Piala Jaguh. Manakala 17000 FC membawa pulang RM700 beserta medal.Tempat ketiga dan keempat dimenagi oleh pasukan Lemal FC dan BK FC Junior, masing-masing membawa pulang RM250. Manakala pemain terbaik keseluruhan dimenangi oleh pemain 17000 FC iaitu Mohd Hazran.
Acara diakhiri dengan sidang akhbar yang oleh Penaung dan Presiden Jaguh. Antara media yang hadir ialah RTM, Bernama, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Kosmo. Majlis penuh berakhir pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah beberapa gambar semasa Majlis Pelancaran Kelab Jaguh dan Karnival Futsal Piala Jaguh;


Dato' beramah mesra dengan para pemain.
Pasukan Kuca Lana FC rata-rata dikalangan staf JKR KL bergambar kenangan bersama Dato'

Bergambar kenangan bersama Dato' dan isteri sebelum perlawanan berlangsung

AMK Kelab Jaguh, Cik Syida dan Ir. Ainor dikerumuni para pengurusan pasukan untuk bertanyakan sesuatu

Bergambar bersama Dato' dan Presiden JAGUH

Antara aksi perlawanan akhir.

Keempat: BK FC Junior

Ketiga : LEMAL FC


Naib Juara : 17000 FC

Juara : MTRK KL

2 comments:

Syidah said...

gambar sayo hadop pun??
pah namo sayo dop sebut...
cian sayo!

club jaguh said...

dah masuk siap sebut nama lagi tu...huhuhu :)

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top