Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan limpah Rahman Rahimnya jua kita masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini untuk menjalankan tanggunjawab kita sebagai khalifah di alam ini.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Dato’ Ibrahim b Haji Ali yang begitu bersungguh dalam usaha menubuhkan sebuah kelab yang berkonsepkan ‘pemuafakatan komuniti ‘ iaitu Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (JAGUH). Penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu jaringan silaturrahim dan pemuafakatan bagi rakyat Pasir Mas yang marantau di Lembah Kelang. Keahlian terbuka dan kami sangat mengalu-alukan kepada semua warga Pasir Mas yang menetap di Lembah Kelang untuk menyertai kelab ini.
Perlantikan Dato’ Ibrahim b Haji Ali sebagai penaung kelab adalah berdasarkan kepada keprihatinan dan rasa tanggunjawab beliau dalam menjaga kebajikan terhadap rakyat yang diwakili tidak kira di mana mereka menetap dan bukanlah berdasarkan fahaman politik.
Dengan tertubuhnya Kelab Jaguh ini juga, segala pelaksanaan program dan aktiviti untuk ahli-ahli kelab dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih sempurna dan teratur kerana kelab mempunyai ahli jawatankuasa yang lengkap dalam melaksanakan dan merencanakan segala program dan aktiviti, begitu juga dengan kebajikan dan kepentingan ahli kelab dapat diuruskan dengan lebih teratur dan sempurna.
Harapkan dari saya, agar Kelab Jaguh dijadikan kelab yang boleh diterima oleh semua lapisan tanpa mengira ideologi politik masing-masing dalam mewujudkan satu jaringan silaturrahim dan pemuafakatan.
Akhir kata daripada saya, sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya. Prasyarat kejayaan sesuatu perancangan itu adalah komitmen, kesungguhan dan keikhlasan pelaksananya. Semoga setiap perancangan yang dibuat ini dapat dilaksanakan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Wallahua’lam....
Presiden
Kelab Jaguh
15 Julai 2009, Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment