Semasa...

Kuala Lumpur - Berita yang baru diterima daripada AJK Jaguh, setakat hari ini sudah 16 pasukan telah mengesahkan akan menyertai kejohanan Piala JAGUH kali pertama ini. Masih ade pasukan yang belum menyatakan persetujuan untuk turut serta tetapi masih belum menyerahkan borang penyertaan. Jaguh mensasarkan had kepada 20 pasukan sahaja tapi menjangkakan dapat menarik hampir 30 pasukan. Namun, Jaguh tidak akan menambah penyertaan pasukan untuk edisi pertama ini tetapi berkemungkinan akan menambah bilangan pasukan pada edisi akan datang.


Antara maklumat lain yang disampaikan, Jaguh akan meneruskan siri Piala Jaguh 2 yang dijangkakan akan diadakan di Bandar Pasir Mas pada masa akan datang. Antara pilihan tarikh yang dibincangkan, piala ini akan menjengah ke sana selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Presiden Jaguh, En. Zul Karnain Mat Junoh (gambar) yang dihubungi selepas itu mengesahkan perkara tersebut. Jelas beliau lagi, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dengan Penaung Kelab Jaguh tidak lama lagi.


Dalam pada itu, Presiden Jaguh juga menyatakan sebuah syarikat besar yang berpengkalan di Petaling Jaya telah mengesahkan persetujuan untuk menaja Kejohanan Futsal Piala Jaguh 2009 Edisi Pertama ini. Setakat ini, banyak pihak telah bersedia unutk menjadi penaja bersama untuk menjayakan majlis pelancaran nanti. Sementara itu, kelab Jaguh juga menjemput semua yang kelapangan masa dapatlah datang memeriahkan majlis ini dan dalam masa sama satu jamuan besar-besaran khas untuk tetamu iaitu LAKSA KELANTAN yang dibawa khas dari Pasir Mas akan menjadi santapan utama disamping durian istimewa daripada Manek Urai. Jamuan akan dimulai jam 12.00 tengahari selepas tamat perlawanan akhir futsal. Akhirnya, Jaguh mengalu-alukan terutamanya anak perantau Pasir Mas di KL & Sel. untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelad dengan menghubungi pihak AJK atau melalui website yang disediakan ini ataupun semasa kejohanan berlangsung nanti. Ini kerana, terdapat promosi istimewa kan ditawarkan dengan jumlah terhad, pendaftaran awal nanti akan diperolehi sehelai t-shirt Jaguh, stiker dan beberapa cenderahati lagi.






0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top