Tahniah dan teruskan usaha - Dato' Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - YB. Dato' Ibrahim Ali mengucapkan sekalung tahniah kepada para blogger rakyatpasirmasdkl.blogspot.com yang telah mewujudkan satu laman web khas untuk rakyat Pasir Mas yang menetap di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di kediamannya di Taman Melawati. Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan usaha murni yang dilakukan secara sukarela ini. Beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh para pengundi di Pasir Mas tbaru-baru ini, berseloroh "tidak kira menetap di mana sahaja termasuk di ibukota ini, adalah menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan dan kepentingan rakyatnya".
Sempena kehadiran pasukan ini ke rumahnya, YB. Dato' telah menyatakan dengan sepenuh hatinya akan menjadi penaja utama dan bersedia menjadi Penaung kepada kelab yang bakal ditubuhkan untuk merealisasikan impiannya berjasa kepada rakyat bertetapan dengan slogan beliau 'Rebah Bangun Bersama Rakyat'.
Diakhir pertemuan, beliau sekali lagi mengulangi sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat khasnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor ini dengan pesanan, jadikan laman web ini sebagai perantara dengan beliau.
Date: Wednesday, July 1, 2009
Labels: BERITA, PENGUMUMAN
Labels: BERITA, PENGUMUMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment