
Dalam pada itu, Presiden Jaguh juga menyatakan sebuah syarikat besar yang berpengkalan di Petaling Jaya telah mengesahkan persetujuan untuk menaja Kejohanan Futsal Piala Jaguh 2009 Edisi Pertama ini. Setakat ini, banyak pihak telah bersedia unutk menjadi penaja bersama untuk menjayakan majlis pelancaran nanti. Sementara itu, kelab Jaguh juga menjemput semua yang kelapangan masa dapatlah datang memeriahkan majlis ini dan dalam masa sama satu jamuan besar-besaran khas untuk tetamu iaitu LAKSA KELANTAN yang dibawa khas dari Pasir Mas akan menjadi santapan utama disamping durian istimewa daripada Manek Urai. Jamuan akan dimulai jam 12.00 tengahari selepas tamat perlawanan akhir futsal. Akhirnya, Jaguh mengalu-alukan terutamanya anak perantau Pasir Mas di KL & Sel. untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelad dengan menghubungi pihak AJK atau melalui website yang disediakan ini ataupun semasa kejohanan berlangsung nanti. Ini kerana, terdapat promosi istimewa kan ditawarkan dengan jumlah terhad, pendaftaran awal nanti akan diperolehi sehelai t-shirt Jaguh, stiker dan beberapa cenderahati lagi.